Pages

SEKOLAH KEBANGSAAN TAIPING


PERTUKARAN J-QAF SUKA SAMA SUKA

Assalamualaikumwarahmatullah.

Kepada guru-guru yang berminat untuk bertukar suka sama suka guru agama jqaf sila rujuk perkara berikut;

Tukar dari Taiping ke Kuala Kangsar hubungi :ustazah Norzila (019-5718081)

Tukar dari Taiping ke Pasir Mas Kelantan : ustazah Sakinah (013-9465569)

Tukar dari Taiping,Perak ke Kota Bahru Kelantan :ustazah Fazila (019-5641077)

Tukar dari Taiping,Perak ke Tumpat,Kelantan : ustazah Ruwaidah (0195567071).

Jika berminat...sila hubungi mereka...terima kasih.




Salam semua...diucapkan selamat hari guru buat semua yang mengenali saya.jasa kalian buat anak didik kita takkan dilupakan sepanjang zaman.Teruskan perjuangan yang mulia ini.Walaupun berbagai rintangan dihadapi.Terima kasih...cikgu!!!

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Minggu Peperiksaan


Assalamualaikum...lama juga tak update blog ni..minggu ni merupakan minggu peperiksaan di SKT.Semoga semua anak didik sudah bersedia untuk menghadapinya.Berusaha berdoa dan bertawakkal.Semoga berjaya semua.Minggu depan cuti.xtau apa nak buat.Apa-apa hal nanti cerita di sini.gambar diambil dari darkatzstudio.tq

Potong kuku ikut sunnah Nabi


Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Sila rujuk

(1) http://madani.16.forumer.com/a/sunnah-of-cutting-nails_post895.html

(2) http://www.hulchul.net/HC/lofiversion/index.php/t163687.html

(3) http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-14897.html

(4) http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm

(5) http://nukilanlaila.blogspot.com/2005/10/adab-memotong-kuku.html

.

MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)

Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.

Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,

Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,

Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.

Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.

Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.

Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.

sumber: http://www.primbon.com.

teruskan berjalan


Allah menciptakan tubuh kita dengan sempurna .Pakar akupuntur biasa mengatakan setiap urat di dalam organ-organ manusia di matikan di tapak kaki. Oleh itu jika kita terus berjalan kita akan selalu menekan titik-titik tekanan ini dan dengan demikian menjaga organ-organ ini dihidupkan setiap saat.

Jadi, terus berjalan ..jangan sikit-sikit naik kereta. Ada seorang CEO yang sengaja memarking kereta dia jauh dari pintu pejabat untuk berjalan sekurang-kurangnya membuat senaman. Kita pula lagi dekat dengan pintu, tu yang jadi rebutan .


Yang lelaki jangan lah over menekan di tumit pula, kang terlebih tekan takut lain jadinya huhuhu

Pergi Tak Kembali

SIRI KISAH DAN TELADAN

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP